Friday, September 2, 2011

satu persoalan

hari ni 1 sept, 2011...petang tadi aku buka blog kawan aku...aku suka sangat buka blog dia dan ambil tahu sedikit perkembangan dia...walaupun jauh tapi tetap nak tahu khabar dia...dengan harapan dia sentiasa berada dalam keadaan yang baik...ternyata dia gembira beberapa ari ni tidak seperti sebelumnya yang kerap meletakkan entry yang menggambarkan perasaan sedih dia...dan..yang menariknya...aq tertarik dengan satu entry yang terbaru...berkenaan satu persoalan yang sangat subjektif dan jawapannya sukar diberikan....

"apakah impian yang paling sukar dicapai????"

emm...jawapan yang dia berikan kebahagiaan yang berpanjangan...aku macam mana??????apa jawapan yang aku boleh bagi????emh...pasal takrifan berkenaan impian...soalan ni betranya tentang impian..so, makna impian mesti jelas...impian tu satu perkara yang ingin kita gapai satu hari nanti....seakan matlamat yang dikejar....jadi...apa impian yang paling sukar digapai????

emmm....pada aku...rasanya ketenangan dalam hidup...bukan bererti hidup tenang jika kemewahan dikecapi atau memiliki segala yang dihajati.....tapi ketenangan akan kita kecapi bila mereka yang kita sayangi saling menerima dan saling menghormati...dari asas ini juga  akan lahir kebahagiaan....bila hati bersatu, pasti tiada pertengkaran atau perasaan tidak puas hati yang lahir dalam hati....namun, lumrah kehidupan..apa yang kita hajati tidak semua mampu kita dapatkan....aku selalu belajar dari kesilapan yang aku lakukan, kesilapan dari orang lain dan dari apa yang aku dengar dan lihat.....belajar bukan sahaja tertumpu kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah atau dalam dewan kuliah...belajar adalah satu perkataan yang sangat umum tumpuannya....

belajar mengenal erti kehidupan agar kita tidak pernah tersesat menuju pengakhiran yang sanagt membahagiakan...bukan sukar mendapatkan ketenangan yang diimpikan....boleh jadi...pergolakan yang berlaku dalam keluarga membuatkan hidup kita sentiasa dihimpit kebingungan dan ketidakselesaan....dan boleh jadi masalah di tempat kerja ataw perselisihan antara rakan-rakan....boleh jadi orang yang sentiasa tenang air mukanya terseksa dengan pergolakan hati yang tidak pernah menemui penyelesaian......so..moral of the story don't judge the book by its cover.....n so as, don't judge someone by their appearance....you will know the real them by understanding how their survive in life.....

dalam hidup aku...aku selalu mengkagumi seseorang yang sangat penyabar...walaupun diuji dengan pelbagai masalah, namun air wajahnya tetap tenang dan senyuman dari bibirnya sentiasa terukir....walau dengan orang yang selalu menyakiti...pasti akan berkata sopan......aku tahu...jauh di sudut hati tersimpan duka yang ditelan sendirian tanpa membiarkan insan lain mengetahui walau sedikit pun.......

apa yang kita lakukan pasti sukar tanpa ketenangan dan kesungguhan......mungkin ketenagan sukar dicapai...tapi bukan mustahil.....mengapa bukan bahagia pilihanku???kerana bahagia mampu dikecapi dengan ketenangan....so..daripada cerita yang panjang ni....jawapannya adalah...ketenangan..

No comments:

Post a Comment